Selasa, Mei 19, 2009

JuaRa AF7...HaFiZ

HAFIZ JUARA AF7...Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, HAFIZ telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. HAFIZ menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .
Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi. kira oklah HAFIZ tu menang...memang dari minggu pertama lagi dia je yg consistence dan tak hipokrit...
Aku tengoklah jugak AF musim nie itupun sebab DANIA..dia minat kat QHAUD ngan RUBISA...tapi sejak abah sakit teruslah tak sempat nak tengok..minggu teater musical ngan adanya AF MASUK terus menyampah aku nak tengok...apa-apa pun semlm aku tgk ulangan konsert akhir tak best langsung...
Tapi aku rasa yg ada TRANSFOMASI mcm yg principal Tiara nak aku rasa AKIM kot..Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi. Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.oklah saja aje iklan jap....adddioooss..