Isnin, Januari 24, 2011

LaYaN KoNsErT LaWaK

Dari minggu lepas aku dengor2 kat radio ada konsert lawak astro kat stadium tertutup JB..Mula2 tak amik port sangat pun..yerlah konsert2 artis nie manalah aku pernah layan..Tup2 ari tu aku try tanya Hubby aku jom pi tgk nak..Kebetulan kat iklan aku tgk ada artis2 Astro Ceria, Aku dah ckp ngan Dania..Lagilah dia semangat giler..Hubby aku On aje..Dari tak ke mana2 petang tu, so layankan ajelah. :)
Ramai giler pelawak2...Yg syoknyee lawak si Johan & Zizan..Nak pecah stadium org gelak...Selamatlah Dhani tak wat hal..Sebuk org tepuk tangan, sebuk gak dia menepuk..Dlm bising2 org gelak..tertido gak Dhani. Konsert abis dlm kul 12 mlm. Dania no hal..Artis yg dia kenal ramai..lagi2 dak2 AF..sukalah dia...Yg power mlm tu bila Amy Search kuarlah...dah cam konsert rock lak jadiknyee..
Nie aje gambo yg aku sempat snap..Artis memanglah ramai..tapi tak kosa aku nak terhegeh2 kejar..Main snap aje..huhuhu..
layaaannnn :-











Khamis, Januari 13, 2011

TaK SedAp HaTi. :(

Hati rasa tak sedap aje,  sejak akhir2 nie aku kerap pulak kena sakit pinggang..walaupun ari nie kurang skit...Tapi time2 nie tak boleh lak nak wat keje..rasa serba tak kena..Walaupun baru post 1 entry tadi kat blog, tapi cam rasa tak puas aje...lagi2 lepas aku terjumpa info pasal sakit pinggang aku nie..search punya search dari pagi tadi terjumpa pulak info nie..sebijik cam masalah yg tgh aku hadapi..cuak n rasa takut pulak..lepas baca cam tak bahaya mana pun tapi...Ya Allah..jauhkan aku dari sakit yg tak diingini..Meh aku syer ngan korang info yg aku jumpa... ;(


Sakit pinggang menjadi lebih teruk jika anda duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, kemungkinan besar anda mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang dinasihatkan berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang.Untuk mengetahui sama ada menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.


Info Kesihatan
Kesan negatif akibat masalah tulang belakang
1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir
* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom
* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan
PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius. usteru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal. Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu. Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?
SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

• Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang

• Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.
Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.
Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.


• Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.
Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.


• Menggunakan tilam yang sesuai
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.


• Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.


• Relaks
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.


• Gunakan kusyen
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.
Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.


• Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.


• Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.


• Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

BeRaNsUR PuLiH

.......Hellloooo..
Rasa cam dah lama tak ngadap tenet..4 hari kot..Blog tak update, fesbuk tak jengah, gosip2 artis tak baca..huhuhu.Cam bz giler kan..Tapi bukan bz..Sakit pinggang aku kembali lagi..Dah 4 hari menanggung kesakitan..Tak tau nak wat aper lagi...Cuma ari nie aje rasa segar n kurang skit sakit..Kelam kabut gak 2, 3 hari lepas ngan sakit, keje, anak2 lagi, hubby lak keje mlm..
Pulak tu Dania sejak naik sek nie mak aii dah cam sek rendah dah..keje sek hari2 ada...Penat tul..Terkejar2 dengan nak gi ngaji lagi..tu baru sorang anak sek dah huru hara..hahaha..Org yg anak 5 6 sek tak kecoh cam aku..Dengan Dhani lak, time2 aku sebok nak tgkkan keje sek Dania time tulah dia tak nak lepas mengempeng..hangin tul aku..Dah lah pinggang rasa cam nak tercabut..Dah badan sendiri sakitkan terpaksalah tanggung sendiri..Nak cakap ngan org pun bukan org boleh wat aper...

Kadang2 terpikir gak kalu duk umah kan best..Ttak yah keje..Taklah kelam  kabut cam sekarang..Tapi apakan daya hutang banyak, tak keje tak de duit..hahaha..Tapi kalu duk umah pun penat  gak, keje umah tak abis2..So apalagi Pn Ekin keje ajelah selagi daya..

Syukur allhamdullillah..Hari nie aku rasa segar skit..nak wat keje pun tak de masalah sgt..Sebelum mulakan keje, curi masa jap update blog..huhuhuhu..

Isnin, Januari 03, 2011

MaNdi MaNdA At StaR HiLL

Cuti panjang semperna tahun baru nie betul2 boring..Nak bawak anak jln jauh2 lum gaji lagi. Pusing2 pasir gudang boring lah pulak..Pusing2 johor pun sama gak..tempat tu aje..Last2 hubby aku ajak pi laut..malas lah pulak aku..Muka dah lah gelap..makin gelap pulak nti naik keje..Aku ajak bawak anak2 mandi kolam kat hutan bandar, cam tak bestlah pulak..hahaha..Pikir punya pikir, Aku ajak pi mandi kolam kat Star Hill..Dia pun ok aje..Dari tak de aper2 aktiviti duk kat umah aje..Baik aku layan anak2 mandi kolam..So kita layan gambo nie:-












SeLaMat TaHuN BarU 2011



Belum terlewat rasanye aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru wat sesiapa yg sudi menjengah blog aku nie..Kejap aje dah 3 hari melangkah ke tahun baru.Kini umur aku pun bertambahlah ke 1 angka jugak..Tiada apa2 yg istimewa tahun baru nie, walaupun cuti panjang tapi tak de maknanyee sebab aku lum gaji lagi.. Tak de aper2 aktiviti menarik cuma bawak anak2 jln area Johor aje..
Seperti biasa..Setiap tahun baru, tuk diri aku tiada azam2..Cuma aku inginkan yg terbaik tuk diri sendiri, keluarga dan org yg berada sekeliling aku..Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan & murahkan rezeki tuk aku & family hendaknyee. Amin.
..Selamat Tahun Baru..