Selasa, Disember 07, 2010

SaLaM MaaLHijRaH



Hijrah dari segi bahasa bermaksud meninggalkan atau berpindah.
Dari segi istilah hijrah memiliki dua makna :-
PERTAMA ia bermaksud berpindah dari negeri syirik menuju ke negeri Islam. Hijrah dalam erti ini adalah sebagaimana hijrah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabatnya yang meninggalkan kampung halaman mereka di Mekah menuju ke Madinah.
KEDUA, hijrah bermaksud meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah menuju kepada yang diperintahkan-Nya.
Lebih kurang gitulah makna Hijrah yg aku paham..kalu salah mintak maap yer..

Hari nie cuti umum tahun baru islam...Aku tak keje, seperti biasa abiskan masa kat umah ngan anak2..Hubby aku biasalah kalu public holiday memang dia sapu bersih, tak boleh tak keje rugi katanya..Lantaklah duk umah pun bukan wat aper biar dia keje..
Baru lepas makan mlm, Ari nie aku masak. Dah lama tak masak. Ari nie free skit, pinggang pun kurang skit sakit, anak2 pun tak meragam sgt so bolehlah masak tadi..hahahaha..
Kira tu 1 penghijrahan gak tuk aku ari nie..Dari malas kepada rajin. Bagus aper... :)
Tgh free nie leh lah update blog sementara anak2 leka main ngan papanya..Kalu tak jgn harap nak menaip selincah nie...
Wokey aku ucapkan Selamat Tahun Baru tuk yg sudi skodeng blog aku nie...
Salam Maal Hijrah..
Wasalam...